Monday, April 16, 2012

SUSU TERAKHIR BUAT SI KECIL

SUSU TERAKHIR BUAT SI KECIL

Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah...

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya.

Subhanallah...

Monday, January 16, 2012

Ibu....

*Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
*Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
*Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
*Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan... :)

HAPPY NEW YEAR 2012

Tuesday, October 11, 2011

22 tanda hari kiamat semakin hampir :

1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

perkara yang harus diketahui oleh suami ketika isteri mengandung

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

Tuesday, October 4, 2011

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan.
Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada
pintu yang tertutup sehingga tidak melihat
pintu lain yang dibukakan bagi kita.


Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,
sebab keelokan paras dapat menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kepada seseorang
yang dapat membuatmu tersenyum,
kerana hanya senyum yang dapat membuat
hari-hari yang gelap menjadi cerah....

Tuesday, May 17, 2011

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Saturday, March 5, 2011

Masa masih muda, korbankan kesihatan cari harta.
Bila sudah tua, korbankan harta cari kesihatan....
Kerana harta, orang asing menjadi seperti saudara
Kerana harta, saudara menjadi seperti orang asing...
Orang kaya mampu beli katil yang bagus,
tetapi tak boleh tidur lena (stress punya pasal)  :(
Orang miskin tak mampu beli katil yang bagus,
tapi boleh tidur lena (letih, kerja kuli laa katakan)  :)

Orang kaya ada duit untuk berpoya-poya,
tapi tak ada masa
Orang miskin ada masa untuk berpoya-poya,
tapi tak ada duit 
Masa muda ingin jadi kaya dapat menikmati kekayaan
Bila sudah kaya tak ada masa untuk menikmati kekayaan
Walaupun ada masa untuk menikmati kekayaan
Sudah tua jadi tak ada tenaga.

Friday, February 18, 2011

Biarkan jatuh cinta :p

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu
Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan aku ‘kan mencoba
Tak perduli kau berkata
‘Tuk mau atau tidak

Bila ada masa terluang.... :) inilah hsilnya...

Syahmi... termenung :)

Abang with yaya

Thursday, February 17, 2011

Harap sudah....

Ermmmm,bila harap org yg selalu maki hamun kita.. menyedihkan..
Tiada kasih yg kekal melainkan Allah :)
thnks to fb coz learn me about that...

Wednesday, February 16, 2011

Suratan...

Salam buat smua :),
hari ni tiada apa nak cakap tapi hanya nak bercerita... (hehehe) nakal dah mula...
Jodoh kita tuhan yang tentukan, sebaik mana kita rancang pun Allah s.w.t yang tentukan. Bercinta and janji sehidup semati pun tak der gunanya, yg kekal hanya cinta kepada Allah s.w.t.
     Tiada yang perlu dinafikan lg,hidup mati..jodoh pertemuan.. smua ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Sebaiknya tak perlulah kita mencari yang perfect person for life coz nothing is perfect.. baik buruk ader maknanya.
kalu kita xsuka kburukan..adakah kita baik??? Nilai diri sendiri dahulu baru kita terperasan akan yg ditentukan utk kita... Bila kita mnerima keburukan atau kejahatan seseorang tak smestinya hidup kita tiada kebaikan... Bak kata kita hanya perlu tawakkal dan redha dgn ape yg ditentukan,selebihnya utk dpt kesempurnaan kita kena lah selalu dgn dgn Allah s.w.t minta petunjuk..
Kalu kita jauh dgn Maha Esa mana kita nak dpt yg kita harapkan.. bila kita tadah tgn berdoa tentu Allah s.w.t dgn permintaan kita.. termakbul terserahlah atas amalan kita sharian di dunia plak...
Aishhhh.. hanya nyata pendapat saja.. aku pun bukan insan yang terbaik di dunia pinjaman ni.. ada yg x menerima aku tapi aku pasrah kerana adanya Allah s.w.t aku kuat terima sumer dugaanNya :) dan yg paling penting family aku selalu disisi bila aku ade masalah.. :)

Thursday, January 13, 2011

My Sweet's Family








Sakit Badan.... :(

Aduyai... Sakit habis 1 badan aku angkara jogging ptg kmrin... tuhan jer tahu, cam patah pinggang aku skrg ni... dah xleh duduk dah rasa sakit2... hurmmm semangat untuk my hubby yg nak sangat jogging utk shatkan bdan.. hehehe, 1st time jogging stlh hmpir 3thn lbh x jogging...hihihi.. penat 1 hal... ari ni sakit2 bdn. smlm xder la plak rasa sakit!!!!!

Sunday, January 2, 2011

New Year 2011

Ermmm malam tahun baru sambut kat dataran sejarah, Ayer Keroh,Melaka...with my family and Nogee & Yaya.. time ni husband keje...bertugas untuk majlis tahun baru :)
Serius jer main bubble gun.. :)

detik yg buat Syahmi ketakutan...aiyooooo

Wednesday, December 29, 2010

Pendaftaran Anie ke UPSI,tg.malim,perak pada 26/12/2010

Perjalanan yg memenatkan pada 25hb ke tg.malim...hihihi. Ermmm today Ikin kwn lama masa kat ikmsp dtg ke Melaka tp sempat juga jmp walaupun kejap :)
Perjalanan ke Tg.Malim pada pkul 4.30ptg... nak masuk tol Ayer Keroh punya la lama... kul 7 baru masuk tol sg.besi... amik lak eyi kat Bangsar... trus ke Tg.Malim...dalam kul 9 lebih bru sampai hotel... hehehe
Then, sdikit sbyak byk jg la kete time cuti ni.. ;) x sunyi jln kat mana ngeri.. mkn angin sumernya...
26 Dis 2010,Ahad
Pg sumer rehat dulu kat bilik... kul 12 check out hotel then cari makan tghri... pastu trus ke UPSI rehat sana kjap. Kul 2.30 msuk ke kolej utk pendaftaran anie. then pas settle sumer kul 3 lbih kuar jap cari brg2 anie...kul 4 lbih hntr anie msuk asrama pastu kteorg trus mnyusur balik ke Melaka... tp singgah KL dulu hntr eyi.. Kul 10 mlm sampai Melaka :)






Monday, December 27, 2010

Holiday with My Family @ Melaka

Apih(Ayah Su), Mama, and Yaya..ishhh dak cukk ni asyik cenyummm jer...

Yaya with Papa Eming... :)

Abah ngan Syahmi & Papa ngan Yaya....

moncong jer yaya...hehehe pnat tenyum yer???

Abah & Mama...

Ohhh anakku with ibuku... :)

Aper syahmi tgk tue???

Meeting nak naik Taming Sari...

Meeting dlm bot la lakkk smbil posing2...

:p
Papa cuti dari 26-28hb Disember 2010,lepas hntr ani kat UPSI trus balik Melaka.... then holiday kat Melaka ler plak.. bawak fmly jln2 1 melaka walaupun dah byk kali dtg tp pusing tmpt sama gak..huhuhu

Sunday, November 21, 2010

Demam oh... demam

Today hari ke-3 Syahmi my heroes temam :( so sad coz xdpt tgk dak chik mlompat-lompat dpn mata :)
  hehehe....
ermmm kecik jer muka sebab asyik muntah and cirit-birit :(

Monday, October 4, 2010

Pedih hati

pedih hati ngan sikap mereka bertiga.... 
:(
fikirlah sndiri!!!!

Wednesday, September 22, 2010

Kebosanan melanda diri :(

ermmm bosan la plak duk melaka ni, sbbnya terlalu lama duk KB so dtg sini sunyi plak..huhuhu nak wat mcmna tpksa biasakan diri semula ngan keadaan skitar.. Syahmi lak sjak 2 mlm ni asyik linang air mata jer sblm tdor..sunyi melanda diri kteorg yg terlalu hpy kat cna..but d way, hdup perlu dtruskan... bila la agaknya papa nak tukar balik kelate ni???? Aduiiii susahnya nak pjuk...... :)

Kebosanan melanda diri :(

ermmm bosan la plak duk melaka ni, sbbnya terlalu lama duk KB so dtg sini sunyi plak..huhuhu nak wat mcmna tpksa biasakan diri semula ngan keadaan skitar.. Syahmi lak sjak 2 mlm ni asyik linang air mata jer sblm tdor..sunyi melanda diri kteorg yg terlalu hpy kat cna..but d way, hdup perlu dtruskan... bila la agaknya papa nak tukar balik kelate ni???? Aduiiii susahnya nak pjuk...... :)

Friday, September 17, 2010

Xsuka kepada someone yg perasan dirinya bagus.. ingat dia dpt mngawal org dgn kata2nya??? hope dia sedar akan perbuatannya yang suka mengaibkan org dan sering mengundang pergaduhan dan perselisihan faham antara org lain.. Ingatlah kita sebagai hambaNya tidak akan selalu lepas dari berbuat kesilapan namun masih belum terlambat untuk perbaiki semua yang telah kamu lakukan!!! MENYUSAHKAN ORG BETULLAH! Depan cakap lain... Belakang cakap lain.. belit mengalahkan ular ler.... huh trok tol!

Mulut Manusia :(

Dalam kesibukan org buat amal ibadat di bulan puasa masih ada yang buat mulut di bulan yang mulia ni... AL-maklum lah nama pun manusia, x SAH jika manusia itu tidak mengata dan mengaibkan orang lain.... Habis sumer isu masyarakat kampung dan yang penting soal adik beradik dan insan yang tidak bersalah di campur adukkan... ermmm mulut oh mulut!!!! geram tu adalah jugak. tapi nak buat camner kalu dia xpernah merasa bersalah. Tunggu bila tiba saatnya moga2 ALLAH s.w.t buka pintu hati dan beri insan mulut busuk itu hidayah..amin...

Thursday, September 16, 2010

Open House Aidilfitri 2010 (BBQ raya)

Syahmi ngan tok kesayangan dier...:) ABAH
Syahmi with Ateh
Syahmi with Ayah Su Badli
BBQ.. waiting :)
Lamer tol...

Aidilfitri 2010 (10 September 2010)

Family picture 
My family with my parents :)
Papa + Ummi + Baby
My siblings with my Husband's n My lil Prince :)
Papa with my mom, son's and my brother
Abah and Syahmi
Poyo boyz
Posing times at Pok Mudo house's
My lil prince with new posing
With my lil sis and my cousinz

Thursday, August 12, 2010

Kesabaran Di Bulan Mulia ini.....

"Bila ada manusia yang suka bermuka2, sering melaga2kan org dgn kata2.... Apakah dia akan dapat kesedaran di bulan mulia ini? Ku Mohon juga agar tiada lagi persengketaan  kerana mulut dia yang suka mengata2... InsyaAllah :) Agar insan itu dapat bertaubat! Amin...♥"
Memang xdisangka bila masih ada yang suka dengkikan keluarga aku dengan mengata2... Mencemuh kami dari belakang secara sedar. Dia memang bernasib baik kerana parents aku orang  jenis yang punyai tahap kesabaran tnggi la jg sbb bertahan dengan dia walaupun sudah pelbagai cara dia lakukan... :)
 Sejauh mana dia mahu rosakkan keluarga kami YA ALLAH.... Kami masih mampu bertahan walaupun kekadang timbul rasa sesak dalam hati aku!!!! Ermmm yer la, suma bnda yg lepas but dia masih xpuas hati lg... Sumer dia hancurkan.. itu ini sumer xkena.. Adik-beradik aku ada ajer yang salah! Padahal anak dia teruk jg.. Kalu ikutkan hati mmg nak ajer sound and give them a differnt yg dia slalu ungkitkan...
 Huh.... (sabar..sabar...Bulan puasa ni... :( sedih aku... ) Bila la dia nak insaf dgn sikap dia? hope sgt2 xtahan aku.. macam mak aku tu hamba dia ajer...suka hati dia nak kutuk itu ini...
Sedangkan dia pun ada yang x perfct nyer jg.. ermmmm xfikir nyer dia bila ngata.......ishhhhhhh truk..
Soal anak dia,dulu suka dia ngata sal aku pkai itu xkena ini xkena... Pakwe la... itu la, ini la... but now tgk, ptutnya dia tilik blk sebenarnya secara yang xsedar anak dia dah jadi spt yang dia slalu ngata aku... Ada pakwe...pkai short pants... baju ketat... kuar jg...lg bebas dari aku dulu2... MasyaAllah
 Apapun yang dia lakukan aku ampunkan walaupun dia dah byk guris prasaan kami satu kluarga! Biar dia tahu lah pengakhir hdup dia nnt.. Aku pun hanya meluahkan dan akan mhon maaf juga dgn dia dan halal sgalanya :) ♥ 
 Masih mnunggu saatnya dia mnyesal dgn perbuatan dia melaga2kan sdara-mara, mengata dan sbgnya.. :)